
Pada 17/12/2010 bertempat di Masjid Makam Kuala Selangor, AADK Kuala Selangor akan mengadakan program Hidayah sempena sambutan Maal Hijrah. Program ini mensasarkan peserta di kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP), ahli RADA,ahli MAWADAH dan juga masyarakat setempat. Antara pengisian program ini melibatkan Ceramah yang bertajuk "Fadilat Maal Hijrah" yang akan di sampaikan oleh Ustaz Hishamuddin Bin Bibit serta bacaan Yassin dan diakhiri dengan solat maghrib berjemaah. Antara objektif Program ini diadakan adalah untuk melahirkan modal insan yang bertunjangkan profesionalisme dan ketinggian jati diri yang unggul menerusi pendekatan keagamaan.